Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik (JPES) sedang menjalankan Kajian Tenaga Kerja (KTK) 2026 bermula pada 5 Oktober hingga 1 November 2026 bertujuan untuk mengumpulkan maklumat terkini mengenai saiz, struktur, taburan dan ciri-ciri tenaga kerja, pekerjaan, pengangguran dan lain-lain ciri-ciri ekonomi penduduk yang akan digunakan dalam membantu perancangan, penyelidikan, penyediaan dasar dan pengurusan tenaga kerja.

Pada 3 Oktober 2026, Majlis Mengangkat Sumpah telah diadakan dan turut hadir disaksikan oleh Yang Mulia Awang Bahrum bin Haji Kadun, Pemangku Pengarah, Jabatan Perangkaan, JPES bagi pelantikan 78 orang pegawai kajian yang baharu. Pegawai-pegawai yang dilantik adalah merupakan barisan hadapan yang diamanahkan untuk mendapatkan dan mengumpulkan data dan maklumat isi rumah dengan lebih terperinci bagi kawasan yang telah ditetapkan.

Read more

 

//edata