Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, melalui Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik (JPES), Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri sedang mengendalikan Kajian Tenaga Kerja (KTK) 2026 seluruh negara bermula pada 5 Oktober hingga 1 November 2026.

Tujuan Kajian Tenaga Kerja (KTK) ini diadakan adalah untuk mengumpulkan maklumat terkini mengenai saiz, struktur, taburan dan ciri-ciri tenaga kerja, pekerjaan, pengangguran dan lain lain ciri-ciri ekonomi penduduk yang akan digunakan dalam membantu perancangan, penyelidikan, penyediaan dasar dan pengurusan tenaga kerja.

Read More

//edata