Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
25 Sept 2021 - Memperkasa masyarakat menjadi pengguna bijak

Jabatan Persaingan dan Hal Ehwal Pengguna (JPHEP), Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik (JPES) berperanan dalam mempromosi pasaran yang cekap dan kebajikan pengguna yang terpelihara melalui pelaksanaan dan penguatkuasaan tiga perundangan, iaitu Perintah Persaingan 2015; Perintah Pelindungan Pengguna (Perdagangan Wajar) 2011; dan Akta Kawalan Harga, Penggal 142.

 

Selain daripada mandat kerja-kerja pelaksanaan dan penguatkuasaan, di bawah tiga perundangan tersebut, JPES melalui JPHEP juga memantau harga dan stok barangan keperluan asasi tertentu secara mingguan sejak Disember 2020, merangkumi barangan makanan, seperti ayam, telur (gred 'B'), daging, bawang dan cili.

read more

Attachments
Created at 10/23/2021 9:49 AM by Awg Mohammad Haimi Bin Yarmin @ Yamin
Last modified at 10/23/2021 9:49 AM by Awg Mohammad Haimi Bin Yarmin @ Yamin